Monday, June 17, 2013

Sanah Helwah

Saya ada seorang teman

Hari ini hari lahir beliau

Ya ALLAH

Suburkan kecintaan kami kepadaMU
Labuhkan cinta kami hanya untukMU

Semoga semua pembaca mendoakan kejayaan beliau di dunia dan akhirat <3 p="">Beliaulah sahabat saya,teman sebilik saya dahulu

Nor Ellyna Aqilah Mohamad Alias (diataksukaorangsalahejanamanya) hehe


Ukhti..saya memohon maaf atas salah silap
Semoga ALLAH memberkati usia remajamu
Disumbangkan curah bakti untuk Islam

Semoga kita dipertemukan kembali di Syurga sana!

Potret Dua Negeri


Palestin

Seawal usia 
Terlibat dalam medan jihad
Dentuman bom dan peluru hidup
Berlegar-legar
Seolah berada di atas kepala
Adakah ini satu pilihan??
Masjdil aqsa perlu dipertahankan!


Rantaian besi mahupun berjeriji itu
Sedikitpun tidak menggentarkan hatimu
Lakukanlah apa sahaja ke atas diriku
Sesungguhnya ALLAH bersama kami


Senyuman itu
Seolah memberi harapan
Palestin pasti akan dibebaskan!


Senjata kini bukan lagi mainan
Realiti antara hidup meraih kemenangan
Atau syahid sebagai tujuan





Syria

Wajah kamu suci
Namun tiada siapa tahu
Perjalanan derita mu dan keluargamu

Bumi syam bumi berkat
Pertembungan syiah dan sunnah
Masih tiada sudah
Allah khairul hakim 'alazzolimin


Wajah kanak2 dua negara ini
cukup2 menenangkan
Lupuskan segaa duka dan air mata
Kerana syurga sudah pasti menanti di sana


Semoga dengan tekad keazaman 
Ketika kecilmu
Menjadikan kau membesar
Menjadi Syabab impian Ummah


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah
Wa syukurlillah

8 Sya'ban 1434H

7 Madah telah selamat aku dan sahabat Syariah Islamiah Sanah ula tempuhi.Berbaki satu lagi subjek iaitu Fiqh Muqoron (Fiqh Perbandingan).Semoga curahan jawapan di atas kertas mampu direalisasikan menjadi amal..ya itulah hakikat Ilmu..Ia bukan di atas kertas sahaja tetapi medan amal adalah tanggungjawab sebenarnya.

Semalam tanggal 16 Jun 2013,Presiden Mursi telah membuat pengumuman bahawa Mesir dan Syria sudah memutuskan hubungan diplomatik secara langsung.Kedutaan Syria di Mesir dihalau keluar dan Kedutaan Mesir di Syria dipanggil pulang.Nah..ini contoh pemimpin Adil dan Tegas dengan pendirian.

Aku bangga dengan beliau!

Ya ALLAH kau rahmati pemimpin ini di Dunia dan Akhirat
Ya ALLAH kau rahmati bumi Mesir ini

Saat kita semua diselubungi rasa sedih,kecewa dan sakit
Lihatlah potret dua negeri ini iaitu SYRIA dan PALESTIN

Nescaya segala duka akan hilang
Kerana duka mereka lebih dahsyat dari kita
Namun mereka mampu tersenyum.

Mengapa kita pula jatuh tersungkur??

-Itqan Zawwini-

Friday, June 7, 2013

Formula A-M-K-H

Sebuah bidang tanah yang subur
Berpotensi untuk disemai dengan biji benih
Sekecil mana benih itu
Jika disiram dan dibaja
Cukup sumber cahayanya
Tumbuhan yang akan tumbuh daripadanya 
Akan membesar,kian membesar
Bukan itu sahaja..malah
Boleh jadi menghasilkan bunga untuk manfaat si lebah dan sang rama
Dan boleh jadi menghasilkan buah untuk manfaat manusia


Sebagai mana seorang manusia juga

(AKHLAK-MANIFESTASI-KEUPAYAAN-HASIL)

Saya percaya 100%,Rasulullah s.a.w adalah insan yang cukup formula ini.Sedikit perkongsian,usrah AJKT BKASM 12/13 bersama seorang trainee mantop consultancy al-Fadhil Ust Fauzan Mazlan lewat isya' malam tadi.

Bagaimanakah sikap dan peluang yang ada dalam diri,potensi serta kebolehan yang kita ada untuk digarapkan dalam kehidupan bermasyarakat?Kita tidak dicipta untuk kepentingan diri sendiri bahkan untuk manfaat manusia seluruhnya.

Dalam sebuah organisasi,hendak atau tidak mesti ada kepimpinan yang menerajuinya.Kehidupan sebagai satu pasukan yang memimpin memerlukan kepada formula ini.

Mungkin ada yang masih terawang-awangan dengan formula ini.Cuba lihat kembali perumpaan di atas.

 Tanah yang subur - (Akhlak yang baik,menjadi kepercayaan manusia kepada individu tersebut)
Benih yang kecil - (Manifestasi)
Sumber cahaya - (Keupayaan)
Bunga dan buah - (Hasil)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang azhari/ah yang bakal pulang ke Malaysia

-Perlu mengenal potensi diri!
-Perlu belajar kemahiran yang pelbagai
-Belajar seni berkomunikasi @ bermasyarakat

Jadikan setiap taklifan yang ditawarkan sebagai peluang untuk kita belajar.Tidak ada manusia diciptakan sempurna,maka kerana itulah kita berusaha mencapai titik kesempurnaan itu.

Hari ini,Dr Mursy adalah seorang presiden Republik Of Egypt.10 Tahun yang lalu,adakah sudah diberitahu kepadanya bahawa beliau akan menjadi seorang presiden di sebuah negara yang dikenali sbg 'Mother of The World' / 'Ummu Dunia'??

Sudah tentu tidak.Rancanglah kehidupan anda dan segalanya yang anda miliki,selebihnya serahkan Mujahadah hidupmu kepada ALLAH s,w.t

Satu modul yang kami (AJKT BKASM) lakukan semalam adalah mengenali siapa kita melalui tokoh.

Hebat2..sahabat2 seperjuangan saya ada yang disamakan seperti srikandi2 Islam,Tokoh2 gerakan,Presiden Turki dan sebagainya.Dan saya juga tidak terlepas disamakan seperti seorang tokoh ini.

Apa yang saya lakukan hari ini??

Saya menilai siapa dia,dengan melihat biografi penuhnya.Ketika usia 17 tahun,ALLAH pernah mentakdirkan saya berjumpa dengan tokoh tersebut.Ketika itu saya menjaga unit pendaftaran program di salah sebuah kampung sebelah anjuran Nisa' Kawasan.

Kekaguman saya sudah terbit ketika membaca penulisan-penulisannya,dan ia semakin bertambah ketika saya dipertemukan dalam satu forum beliau.Semalam,saya disamakan dengan beliau.Sungguh kerdil sebenarnya..Pengalaman dan ilmunya hebat.

Untungnya kerana tokoh tersebut masih hidup dan saya sempat menghantar beberapa pesanan dan soalan di Laman Facebooknya.

Satu perkara menarik,beliau berjinak dalam dunia penulisan sekitar berumur 24 tahun,ini bermakna beliau sudah berpuluh tahun menghasilkan buku2 ilmiah yang menjadi rujukan orang ramainya.Dan saya masih berumur 21..hehe maka pasti ada peluang walaupun kadang2 peluang itu kelihatan samar-samar..Biarpun peluang samar,harapan masih jelas.

Ya,dan beliau menjadikan semua pekerjaannya itu sebagai usaha DAKWAHnya

Anda juga boleh membaca penulisannya,beliau adalah ketua Editor Majalah solusi ^^



-Itqan Zawwini-

Sunday, May 26, 2013

-nUQSAn-

Sudah puas aku mencari bahan bacaan terbaik
Daripada penulis yang terbaik
Untuk ku nilai setiap inci
Dari kulit depan ke kulit belakang
Agar sampai ke hatiku..untuk ku sampaikan pada hati insan lainnya


Satu soalan dilontarkan kepada seorang sahabat

"Kenapa eh,sebusy-busy presiden pun boleh hasilkan sebuah buku??"

Katanya..

"Agaknya bila busy kot,kita akan ada masa untuk luahkan semua ilmu yang kita ada untuk tatapan awam"

Aku mengangguk perlahan,memikirkan relasi jawapannya dengan persoalan yang sering mengawani benak ini.

Wonder why??

Hari ini,banyak perkara yang ingin diselidiki.Satu persatu laman ilmiah dibuka,x cukup dengan itu melihat tajuk-tajuk e-book yang sedang hangat dipromosikan di pasaran maya.Sedikit kecewa,kenapa semuanya dihasilkan oleh nusantara bukan Malaysia. (Bukan bermakna aku assobiah). Tetapi sedikit terpana,betapa kajian yang sebenarnya boleh dihasilkan oleh melayu kita tetapi terlebih dahulu dihasilkan oleh orang lain.

Ya,kita boleh mengambil manfaatnya..tetapi sampai bila harus mengambil manfaat tanpa memberi manfaat?

Tekadku!

--------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah subuh di asrama Selangor hari ini benar membuang angan kosong seorang yang suka berangan.Betapa banyaknya ideologi yang sedang berkembang di Malaysia tanpa ada seorang pun yang boleh memahami dengan baik ideologi itu.Terketuk sebentar dengan kalam pimpinan pagi tadi..

Ya,azhari/ah harus kaji dan kaji ideologi2 ini.Aku setuju yang itu

Tapi sayang,hasil kajian awal yang aku search lewat hari ini tidak ada satu pun dalam kalangan watan tanah airku..Ya lebih berharap kita semua akan lebih prihatin.

-sosialisme
-komunisme
-anarkisme
-liberalism


Halus,licik...

Islam is the solution
Barangsiapa yang mencari selain nya,maka nantikanlah kebinasaaan dariNYA.

ITQAN ZAWWINI
cairo,egypt

Monday, May 20, 2013

:: Ibki Ya Ukht - Menangislah ::


Saat kita dilahirkan..kita menangis..Orang disekeliling kita juga menangis keharuan
Saat kita pergi meninggalkan dunia..Orang sekeliling akan turut menangisi pemergian itu

"Kenapa saya x pernah lihat kamu menangis?Kamu x pernah ada masalah ke?"

Saya hanya tersenyum membalas soalan itu.Acapkali mendengar persoalan itu timbul di kalangan teman sebilik.Saya tidak pernah ada masalah kah?Maka jika begitu,saya bukan manusia yang normal

Hari ini..saya lihat.Hati-hati sebahagian mereka yang kecewa.Saya melihat hati-hati sebahagian mereka yang sedang sakit,meronta menangisi penderitaan.Masalah yang dirasakan mereka seolah menemui jalan buntu,

Saya simpati.

"Wahai sahabat,Nikmat sungguh menerima Ujian itu

Bukan begitu...bukan aku tidak menangis..
Tetapi alangkah nikmatnya tangisan itu kau luahkan padaNYA.
Hebat mana pun engkau di hadapan manusia
Sungguh kau seorang yang lemah di hadapan ALLAH 

Gagah mana pun engkau bekerja di siang hari bagaikan Raja Rimba
Engkau perlu tunduk akur menangisi dosamu di malam hari bagaikan seorang Abid"



Menangis tanda kita lemah kah??

Tidak wahai teman
Bahkan menangis di malam hari,dalam sujudmu yang panjang
Menjadikan engkau seorang yang kuat

Meski sesakit mana pun hatimu menerima Ujian
Senyum dan Bertahanlah

Kalau kita katakan diri sebagai seorang pejuang
Itulah habuan yang sesuai dengan gelaranmu itu :)

Bukankah kekasihmu dan aku..lebih sakit dan besar Ujiannya
Kerana sesuai dengan martabat kemuliaan baginda
Rasulullah s.a.w


Menangis tanda hatinya lembut..

Menangis tatkala berdoa,menunjukkan hatinya bersungguh-sungguh
Menangis tatkala membaca al-Qur'an tanda imannya subur
Menangis di dalam hati ketika solat tanda hatinya tunduk pada ALLAH

Bolehkah aku menangis mengadu pada manusia??

Saya pernah mendengar kisah ini ketika di sekolah menengah.Tapi tidak pasti akan kesahihannya.

Satu ketika seorang hamba ALLAH sakit perut yang teramat sangat,kemudian beliau berdoa kepada ALLAH.ALLAH mengilhamkan kepadanya untuk memakan sejenis buahan dari sebuah pokok sebagai penawar.Kemudian,setelah beliau makan,sakit perut itu pun hilang.

Kali kedua,hamba ALLAH itu sekali lagi mengalami sakit perut dan beliau terus menuju ke pokok itu untuk memakan buahnya.Beliau menyangka bahawa sakit itu akan hilang dengan memakan buah tersebut.Ternyata sangkaannya itu silap.Sakit perut itu tidak hilang bahkan semakin bertambah.Lalu hamba ALLAH itu berdoa kepada ALLAH..apa kah jawapan ALLAH padanya??

Dahulu ketika mula2 kau sakit,AKU lah tempat kau menuju,kemudian AKU ilhamkan untuk engkau mencari penawar.Kini,bila engkau sakit,engkau terus mencari penawar itu tanpa berdoa padaKU.

Wahai sahabat2.Ingatlah segala perkara
Kita kenyang bukan kerana makanan
Kita sembuh bukan kerana ubat ataupun doktor
Kita bangun tidur bukan kerana jam loceng ataupun alarm

Hakikat semuanya adalah dari ALLAH
Makhluk adalah wasilah sahaja.
Bersyukurlah pada NYA

Mengadulah kesakitan mu itu pada ALLAH,kemudian adukanlah pada teman baikmu untuk dirungkaikan segala masalah.Masihkah kau ingat ketika turunnya wahyu IQRA' kepada Rasulullah di gua hira'.Baginda ketakutan,baginda terus menuju kepada isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah.

Siapa sahaja yang engkau percayai dalam hidup
Luahkanlah
Jika kau punyai sahabat..luahkan pada sahabatmu
Jika kau punyai suami/isteri luahkan pada mereka
Jika kau masih punya ibu dan ayah..luahkan lah
Jika kau punya adik beradik..luahkanlah

:)


"Terjawabkah persoalanmu..wahai temanku?"
Aku bukan tidak pernah menangis..
Malah aku cukup takut sekali kalau aku gagal menangis 
Aku takut ALLAH gelapkan hati ini
Na'uzubillah min zalik

Aku tanpa ALLAH..hidupku pasti menderita
Sunyi hati..kelam jiwa
Bagai terpenjara

ALLAH..biarkan kini
Aku dalam rahmatMU
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan 

ITQAN ZAWWINI
CAIRO,EGYPT

Selamat menempuhi Imtihan
Selamat Melakukan amalan,ahlan2 ya Ramadhan 

Tuesday, April 23, 2013

AMANAH-BUKAN MUDAH

Sentiasa ternanti ruang yang memberi sedikit helaan nafas untuk menulis.Sebelum ianya 'hilang' kerana mati akal dan tersorok dalam timbunan kerja.Akhirnya berjumpa juga dengan saat ini,satu masa yang sebelum ini sentiasa mengejari dan mencemburui. ^_^

Bismillahi walhamdulillah
23 April 2013

Di ambang PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia,sudah pasti kita melihat suasana yang sedang mencorak perubahan.Bendera di sana sini,poster tertampal dengan lambang parti-parti yang bertanding dengan kempen calon masing-masing.


P097 Parlimen Selayang

William Leong (PKR)
Dato Subahan Kamal (BN)
Ust Mohd Hazizi Abd Rahman (BERJASA)

Itulah tempat tinggalku,dari kecil sehingga kini.Ya,walaupun jauh di Timur Tengah diri ini dicampakkan,namun sudah menjadi kewajipan bagiku untuk mengetahui apa yang berlaku di Tanahair tercinta khususnya di tempatku menetap.

Bukan soal Parti politik yang aku ingin bicarakan,tetapi soal tampuk pimpinan dan AMANAH yang mesti digalas selepas keputusan 5 Mei diumumkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LARANGAN MEMINTA JAWATAN

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:

"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ini adalah prinsip seorang Da'i.Apabila dia meminta jawatan dengan tujuan ingin menjadi masyhur dan dipuji maka ingatlah Nusrah ALLAH sesekali tidak akan diperolehinya.Namun,jika jawatan tersebut di beri tanpa permintaan,dan seorang da'i tersebut menerima dengan tawadhu' dan merendah diri,maka ALLAH akan bersama perjuangan gerak kerja yang dilakukannya.

Teringat kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang diceritakan ketikamana aku menziarahi makam anaknya di Bahnasa baru-baru ini,beliau adalah Abu Dzar al-Ghiffari.Ulasan yang ringkas padat oleh musyrif yang membawa kami ke sana masih segar di ingatan.
Dalam sejarah Islam Abu Dzar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja  tanpa mengira mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah.

Abu Dzar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah. Semasa pemerintahan Khalifah Othman,  masyarakat Islam mula suka mengumpul harta dan menjalani kehidupan yang mewah dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat meresahkan Abu Dzar kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik cara pemerintahan Khalifah Othman, dan seterusnya mewujudkan suasana tegang antara beliau dan pemerintah. Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi mengelak gangguan berterusan daripadanya.

Pernah suatu ketika Abu Dzar meminta jawatan dalam kerajaan daripada Rasulullah SAW, tetapi telah ditolak. Mengapa?

Ini jawapan Rasulullah SAW:

“Aku lihat kamu  adalah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku sendiri.” 
(Riwayat Abu Daud)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” 
(Riwayat Muslim)

Namun sikap Abu Dzar al-Ghiffari ini patut dipuji,beliau sebenarnya menawarkan dirinya untuk membantu perjuangan Islam.Tetapi sungguh Rasulullah s.a.w lebih mengenali peribadi beliau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KAMU SEBENARNYA ADALAH SEORANG PEMIMPIN

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Letakkan satu mentaliti dalam diri,AKU SEORANG PIMPINAN!

Maka kita pasti akan berwaspada terhadap apa yang dipimpin.

Firman ALLAH bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58).

Setiap hari berdoalah agar dikurniakan Negara 'baldatun toyyibatun warobbun ghafur'.

Jauhi khianat kerana itu sikap orang Munafiq.Maka seruan saya kepada semua pembaca,marilah kita mendoakan kesejahteraan Tanahair tercinta Malaysia daripada kuasa kepimpinan yang zalim dan tidak amanah.

Setiap daripada kita pasti merindui melihat sinar Islam tertegak kembali,dan yang paling penting pelaksanaan syariah Islamiah kembali diutamakan.Panahan doa seluruh mahasiswa/wi Malaysia dari bumi Musa a.s :)



Allahu musta'an

Itqan Zawwini
Cairo,Egypt

Tuesday, March 19, 2013

~Bimbang Tergelincir..

 
 
Teringat kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga  kita semua dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah. . al-Imam al-A'dzam ini...
 
insyaAllah..